RPH HAIRI 1

 RPH MINGGU 1

Rancangan Pengajaran Harian 
Minggu 1


Nama Guru :  Mohamad Khairi bin Ab Rahman
Matapelajaran : Tajwid Darjah 6.
Kelas : 6 Maliki.
Tarikh : 10 Januari 2019 (Khamis).
Masa : 2.30 petang - 3.00 petang.
Bilangan : 30 orang murid (15 murid lelaki, 15 murid wanita).
Tajuk : Waqaf dan Ibtida'.
Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan menaakul.
Kaedah : Syarahan, soal jawab, permainan, perbincangan dan nasyid.
Pengetahuan Sedia Ada : 
1) Murid-murid telah mengetahui serba sedikit cara membaca al-Quran.
2) Murid-murid sudah melihat tanda waqaf dalam al-Quran.
3) Murid-murid memulakan/menyambung bacaan al-Quran di tempat yang betul setelah Waqaf.

Hasil Pembelajaran :
1) Murid dapat mengetahui pengertian Waqaf dan Ibtida'.
2) Murid dapat membaca al-Quran mengikut peraturan Waqaf dan Ibtida'.
3) Murid-murid dapat menyenaraikan alamat/tanda Waqaf.

Kemahiran Berfikir : 
Mengaitkan, membezakan dan membuat kesimpulan.

Penerapan Nilai : Berdisiplin, fokus, berani dan berdayausaha.

Bahan Bantu Mengajar : Skrin pemancar cahaya , komputer riba, pen penanda, kad jawapan, video, projektor LCD dan kamus.

Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti PDP
Pendahuluan
(3 minit)
Salam dan doa.
Seorang murid baca doa, murid lain ikut.
Nilai: Khusyuk.
Set Induksi
(4 minit)
Video Nasyid tentang tajuk.
1) Guru menunjukkan video nasyid mengenai pelajaran.
2) Guru meminta semua murid turut menyanyi mengikut video.
3) Guru mengaitkan video dengan tajuk pelajaran.
Teknik: Penerangan dan soaljawab.

BBM: Projektor LCD, skrin lembar dan pembesar suara.

Nilai: Memberi tumpuan.
Langkah 1
(10 minit)
-Erti Waqaf dan Ibtida'.
-Alamat Waqaf.
1) Guru menerangkan erti Waqaf dan Ibtida'.
2) Murid membaca pengertian beramai-ramai.
3) Guru menunjukkan tanda-tanda Waqaf.
Teknik: Bacaan, penerangan dan perbincangan.
Langkah 2
(10 minit)
Kotak beracun.
-Lukiskan bentuk waqaf Lazim.
-Apa erti Waqaf dari segi istilah?
1) Guru memberi arahan untuk melakukan permainan.
2) Murid bermain kotak beracun dalam kelas.
3) 3 orang murid menjawab soalan.
4) Guru betulkan jawapan murid yang salah.
Strategi: Berpusat guru, murid.
Nilai: Kepatuhan.
Penutup (3 minit)
Kerja rumah untuk murid.
1) Guru menyimpulkan apa yang telah dipelajari.
2) Guru beri kerja rumah berkaitan tajuk kepada murid.
Nilai: Kesungguhan,

BBM: Buku latihan.

Teknik: Soaljawab

Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan lancar. Ini kerana murid memberikan tumpuan sepenuhnya. Saya berpuas hati dan akan sentiasa melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.

Ulasan Pembimbing / Penyelia :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERITA TERKINI 17/9/2020

 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN