RPH MINGGU 6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MINGGU 6
Nama Guru : Mohamad Khairi bin Ab Rahman
Matapelajaran : Tajwid Darjah 6.
Kelas : 6 Maliki.
Tarikh : 10 Januari 2019 (Khamis).
Masa : 2.30 petang - 3.00 petang.
Bilangan : 30 orang murid (15 murid lelaki, 15 murid wanita).
Tajuk : Al-Raum
Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan menaakul.
Kaedah : Syarahan, soal jawab, permainan, dan perbincangan.
Pengetahuan Sedia Ada :
1) Murid-murid telah mengetahui serba sedikit cara membaca al-Quran.
2) Murid-murid sudah mampu baca al-Quran dengan bertajwid.
3) Murid-murid boleh membaca al-Quran mengikut makhraj huruf yang betul.
Hasil Pembelajaran :
1) Murid dapat mengetahui pengertian al-Raum.
2) Murid dapat membaca al-Quran mengikut Tajwid yang betul.
3) Murid-murid dapat membunyikan al-Raum dengan tepat.
Kemahiran Berfikir : Mengaitkan, membezakan dan membuat kesimpulan.
Penerapan Nilai : Berdisiplin, fokus, berani dan berdayausaha.
Bahan Bantu Mengajar : Skrin pemancar cahaya , komputer riba, pen penanda, kad jawapan, video, projektor LCD dan kamus.
Masa / Langkah | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
Pendahuluan (2 Minit) | Ucapan salam dan bacaan doa. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٱللَّهُمَّ ٱفْتَحْ عَلَيْنَا، حِكْمَتَكَ وَٱنْشُرْ عَلَيْنَا، مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ ٱلرَّٰحِمِينَ. | 1. Guru meminta murid-murid membaca doa pelajaran. 2. Guru dan murid membaca bersama-sama doa pelajaran. | Nilai : Khusyuk. Hormat. |
Set Induksi (5 Minit) | Tayangan video: Cara membunyikan sebutan al-Raum dalam al-Quran. | 1. Guru menayangkan video kepada murid-murid. 2. Murid-murid menonton video tersebut dengan penuh tumpuan.. 3. Guru menanyakan soalan kepada murid-murid mengenai perkaitan video dengan tajuk yang hendak dipelajari. Soalan : Apakah kaitan antara video yang telah ditayangkan tadi dengan tajuk pelajaran pada hari ini? 3. Murid-murid cuba menjawab soalan guru dengan jawapan yang sesuai. Andaian jawapan : Membaca al-Quran. 4. Guru memberitahu kepada murid-murid tajuk yang hendak dipelajari. | Strategi : Berpusatkan bahan. Nilai : Khusyuk. Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Skrin Lembar. Komputer riba. Projektor LCD. |
Langkah 1 (7 Minit) | Pengertian al-Raum Bahasa: Cuping telinga. Istilah: Melafaz sebahagian huruf dengan suara perlahan ketika Waqaf. | 1. Guru menerangkan pengertian al-Raum kepada murid-murid. 2. Guru meminta murid-murid membincangkan secara berdua-dua tentang erti al-Raum. 3. Guru menulis definisi al-Raum pada papan putih di bahagian atas dan membiarkan ruangan kosong di bawah kedua-dua perkataan untuk murid-murid menulis jawapan mereka. 4. Murid-murid menulis jawapan mereka pada papan putih di ruangan kosong di bawah kedua-dua perkataan tersebut. 5. Berdasarkan jawapan yang ditulis oleh murid-murid, guru memuji mereka dengan mengucapkan tahniah dan memberikan hadiah berupa lencana kejayaan. | Strategi : Berpusatkan guru. Berpusatkan murid. Berpusatkan bahan. Nilai : Kerjasama. Berani mencuba. Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Papan putih. Pen penanda. |
Langkah 2 (6 Minit) | Bunyi Sebutan Al-Raum -Wajib dibaca ketika Waqaf pada kalimat 'La Ta'manna' Surah Yusuf: 12. -Harus Waqaf dengan al-Raum pada huruf Kasrah atau Dhammah (al-Rahim/Nasta'in). | 1. Guru menerangkan pengertian al-Raum kepada murid-murid. 2. Guru menampal beberapa keping ayat al-Raum di papan putih. 3. Guru menyebut contoh ayat al-Raum. 4. Murid menyebut ayat al-Raum. 5. Guru menyuruh seorang murid membaca ayat al-Raum. 6.Guru membetulkan bacaan murid tersebut. | Strategi : Berpusatkan guru. Berpusatkan murid. Berpusatkan bahan. Nilai : Keyakinan diri. Berani mencuba. Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Kotak. Kad jawapan. Gambar. |
Langkah 3 (4 Minit) | 1. Guru menerangkan kaedah permainan. 2. Murid bermain kotak beracun dalam kelas. 3. Murid jawab soalan dalam permainan. 4. Guru menyatakan nilai murni pada murid dalam permainan (bekerjasama). | Strategi : Berpusatkan guru. Berpusatkan murid. Nilai : Bekerjasama. Patuh.. | |
Penutup (4 minit) | Rumusan isi pelajaran yang dipelajari. | 1. Guru merumuskan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid-murid. | Nilai : Khusyuk. Berdisiplin. Patuh. |
Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan lancar. Ini kerana murid memberikan tumpuan sepenuhnya. Saya berpuas hati dan akan sentiasa melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.
Ulasan Pembimbing / Penyelia :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan