RPH MINGGU 8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MINGGU 8
Nama Guru : Mohamad Khairi bin Ab Rahman
Matapelajaran : Tajwid Darjah 6.
Kelas : 6 Maliki.
Tarikh : 10 Januari 2019 (Khamis).
Masa : 2.30 petang - 3.00 petang.
Bilangan : 30 orang murid (15 murid lelaki, 15 murid wanita).
Tajuk : Saktah
Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan menaakul.
Kaedah : Syarahan, soal jawab, permainan, dan perbincangan.
Pengetahuan Sedia Ada :
1) Murid-murid telah mengetahui serba sedikit cara membaca al-Quran.
2) Murid-murid sudah melihat tanda Saktah dalam al-Quran.
3) Murid-murid menyambung bacaan al-Quran dengan betul di tempat Saktah.
Hasil Pembelajaran :
1) Murid dapat mengetahui pengertian Saktah.
2) Murid dapat membaca al-Quran mengikut peraturan Tajwid.
3) Murid-murid dapat menyenaraikan tempat yang wajib dibaca Saktah dalam al-Quran.
Kemahiran Berfikir : Mengaitkan, membezakan dan membuat kesimpulan.
Penerapan Nilai : Berdisiplin, fokus, berani dan berdayausaha.
Bahan Bantu Mengajar : Skrin lembar , komputer riba, pen penanda, kotak beracun, video, dan projektor LCD.
Langkah/Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pelajaran | Catatan |
Pendahuluan (3 minit) | -Ucapan salam dan doa belajar. | -Seorang murid diminta mengetuai bacaan doa dan pelajar lain mengikuti bacaannya. | Nilai: Khusyuk. |
Set Induksi (4 minit) | -Video: Cara membaca ayat Saktah dalam al-Quran. -Soalan Pendahuluan: Apa yang kamu lihat dalam video? | 1) Guru menayangkan video di hadapan murid. 2) Murid melihat video dalam kelas. 3) Guru memberi soalan pendahuluan dan dijawab oleh murid. 4) Guru menghubungkan jawapan murid kepada topik pembelajaran. | Teknik: Soal jawab dan penerangan. BBM: Video, pembesar suara dan projektor LCD. Nilai: Fokus. |
Langkah 1 (5 minit) | Erti Saktah: Bahasa-Diam. Istilah-Memutus suara di suatu masa tanpa nafas sekadar 2 harakat. | 1) Guru memberitahu erti Saktah kepada murid. 2) Murid baca erti Saktah secara serentak. | Teknik: Penerangan dan bacaan. BBM: Kitab Tajwid. Nilai: Kesungguhan dan memberi semangat. |
Langkah 2 (7 minit) | Bacaan Saktah Dalam al-Quran: Wajib dibaca pada 4 tempat; -Surah al-Kahf 18:1. -Surah Yasin 36:52. -Surah al-Qiyamah 75:27. -Surah al-Muthaffifin 83:14. | 1) Guru menjelaskan ayat wajib Saktah kepada murid. 2) Murid baca ayat Saktah beramai-ramai. 3) Murid mencatat nota di buku tulis. 4) Guru membetulkan kesilapan murid dalam sebutan dan tulisan. | Teknik: Penerangan dan bacaan. BBM: kad manila dan pen penanda. Nilai: Yakin diri. |
Langkah 3 (7 minit) | -Bacaan Harus Saktah: pada huruf sukun sebelum Hamzah. -Permainan: Kotak Beracun. | 1) Guru menerangkan cara melakukan permainan. 2) Murid bermain kotak beracun di kelas. 3) 10 orang murid menjawab soalan semasa permainan. 4) Guru menjelaskan nilai murni pada murid (kesungguhan). | Teknik: Permainan dan Soal jawab. BBM: komputer dan kotak beracun. Nilai: Kesungguhan. |
Penutup (3 minit) | Erti Saktah; -Bahasa: Diam. -Istilah: Putuskan suara pada masa tertentu tanpa bernafas sekadar 2 harakat. Wajib baca Saktah di 4 tempat dalam al-Quran: -Surah al-Kahf 18:1. -Surah Yasin 36:52. -surah al-Qiyamah 75:27. -Surah al-Muthaffifin 83:14. Harus baca Saktah pada huruf Sukun sebelum hamzah. | 1) Guru menyimpulkan tajuk yang dipelajari. 2) Guru meminta seorang murid menyatakan tentang apa yang telah dipelajari. 3) Guru menyuruh murid menghafal dan memahami topik pelajaran. 4) Guru memberi latihan kepada murid sebagai kerja rumah. | BBM: Buku Latihan. Nilai: Kesungguhan. |
Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan lancar. Ini kerana murid memberikan tumpuan sepenuhnya. Saya berpuas hati dan akan sentiasa melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.
Ulasan Pembimbing / Penyelia :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan