RPH HAIRI 9

 RPH MINGGU 9

Rancangan Pengajaran Harian 
Minggu 9

Nama Guru :  Mohamad Khairi bin Ab Rahman
Matapelajaran : Tajwid Darjah 6.
Kelas : 6 Maliki.
Tarikh : 10 Januari 2019 (Khamis).
Masa : 2.30 petang - 3.00 petang.
Bilangan : 30 orang murid (15 murid lelaki, 15 murid wanita).
Tajuk : Ulangkaji Pelajaran 1-4.
Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan menaakul.
Kaedah : Syarahan, soal jawab, permainan, perbincangan dan nasyid.

Pengetahuan Sedia Ada : 
1) Murid-murid telah mengetahui cara membaca al-Quran.
2) Murid-murid sudah boleh membaca secara waqaf dan ibtida' dalam al-Quran dengan betul.
3) Murid-murid memulakan/menyambung bacaan al-Quran di tempat yang betul setelah Waqaf.



Hasil Pembelajaran :
1) Murid dapat mengetahui pengertian Waqaf dan Ibtida'.
2) Murid dapat membaca al-Quran mengikut peraturan Waqaf dan Ibtida'.
3) Murid-murid dapat menyenaraikan alamat/tanda Waqaf.
Kemahiran Berfikir : Mengaitkan, membezakan dan membuat kesimpulan.

Penerapan Nilai : Berdisiplin, fokus, berani dan berdayausaha.



Bahan Bantu Mengajar : Skrin pemancar cahaya , komputer riba, pen penanda, kad jawapan, video, projektor LCD dan kamus.

Langkah /Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti PDP
Catatan
Pendahuluan
(3 minit)
Salam & doa.
Guru minta seorang murid baca doa dan murid lain mengikut sebutan doanya.
Nilai: Khusyuk.
Set Induksi
(4 minit)
Video Nasyid
'al-Quran Dihatiku'.
1) Guru menunjukkan video nasyid mengenai pelajaran.

2) Guru meminta semua murid turut menyanyi mengikut video.

3) Guru mengaitkan video dengan tajuk pelajaran.
Strategi :
Berpusatkan bahan.

Nilai :
Khusyuk.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
Skrin Lembar.
Komputer riba.
Projektor LCD.
Langkah 1
(5 minit)
Ulangkaji
-Waqaf dan Ibtida'
-Bahagian Waqaf
-Jenis Waqaf
-Kaedah Waqaf dan Ibtida'
1) Guru memberitahu definisi setiap tajuk kepada murid.

2) Murid baca semua definisi secara serentak.
Teknik: Penerangan dan bacaan

BBM: kad manila dan pen penanda

Nilai: Yakin diri.
Langkah 2
(7 minit)
Tadarus al-Quran.
1) Guru menerangkan kaedah Waqaf dan Ibtida' yang tepat kepada murid.

2) Guru membahagikan murid untuk tadarus al-Quran dalam kumpulan.

3) Murid membaca al-Quran mengikut ayat yang telah guru tetapkan.

4) Guru betulkan sebutan Tajwid bacaan al-Quran murid-murid dalam kumpulan.
Teknik: Penerangan, bacaan, perbincangan dan sumbangsaran.

BBM: Kitab tajwid dan Kitab Suci al-Quran.

Nilai: Membaca al-Quran dengan cermat, memberi fokus dan berdayausaha.
Langkah 3
(7 minit)
Kotak beracun.
-Apa beza Waqaf Ikhtiyari dengan Waqaf Idhthirari?
-Beri contoh kalimat sesuai bagi Hamzah Washal dan Qatha'.
1) Guru memberi arahan untuk permainan ini.

2) Murid bermain kotak beracun dalam kelas.

3) Murid yang dapat kotak beracun menjawab soalan dalam permainan.

4) Guru menyatakan nilai murni yang diperoleh (menghormati bacaan al-Quran).
Strategi: Berpusat guru, murid.

Nilai: Kepatuhan.
Penutup
(4 minit)
Rumusan pelajaran dan isi penting untuk ujian.
1) Guru menyimpulkan tajuk yang dipelajari.

2) Guru meminta seorang murid menyatakan tentang apa yang telah dipelajari.

3) Guru menyuruh murid menghafal dan memahami topik pelajaran.

4) Guru memberi latihan kepada murid sebagai kerja rumah.
Nilai: Kesungguhan.

BBM: Buku latihan.

Teknik: Soaljawab.

Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan lancar. Ini kerana murid memberikan tumpuan sepenuhnya. Saya berpuas hati dan akan sentiasa melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.

Ulasan Pembimbing / Penyelia :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERITA TERKINI 17/9/2020

 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN