RPH MINGGU 5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MINGGU 5
Nama Guru : Mohamad Khairi bin Ab Rahman
Matapelajaran : Tajwid Darjah 6.
Kelas : 6 Maliki.
Tarikh : 10 Januari 2019 (Khamis).
Masa : 2.30 petang - 3.00 petang.
Bilangan : 30 orang murid (15 murid lelaki, 15 murid wanita).
Tajuk : Al-Imalah.
Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat, menulis dan menaakul.
Kaedah : Syarahan, soal jawab, permainan, dan perbincangan.
Pengetahuan Sedia Ada :
1) Murid-murid telah mengetahui kaedah membaca al-Quran.
2) Murid-murid sudah melihat tanda al-Imalah dalam al-Quran.
3) Murid-murid membaca al-Quran di tempat al-Imalah dengan betul.
Hasil Pembelajaran :
1) Murid dapat mengetahui pengertian al-Imalah.
2) Murid dapat membaca kalimat al-Imalah dalam al-Quran mengikut Tajwid yang tepat.
3) Murid-murid dapat mengenal kalimat al-Imalah dalam al-Quran.
Kemahiran Berfikir : Mengaitkan, membezakan dan membuat kesimpulan.
Penerapan Nilai : Berdisiplin, fokus, berani dan berdayausaha.
Bahan Bantu Mengajar : Skrin lembar, komputer riba, pen penanda, kotak beracun, video, dan projektor LCD.
Langkah/Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti PDP | Catatan |
Pendahuluan (3 minit) | Ucapan salam dan bacaan doa. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٱللَّهُمَّ ٱفْتَحْ عَلَيْنَا، حِكْمَتَكَ وَٱنْشُرْ عَلَيْنَا، مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ ٱلرَّٰحِمِينَ | Guru meminta seorang murid membaca doa dan murid lain menuruti bacaannya. | Nilai: Khusyuk. |
Set Induksi (4 minit) | -Video: Cara membunyikan huruf al-Isymam. -Soalan: Apa yang kamu lihat dalam video? | 1) Guru menunjukkan video di hadapan murid. 2) Murid memerhati video dalam kelas. 3) Guru menanya soalan kepada murid. 4) Murid jawab soalan berkaitan video tadi. 5) Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran. | Teknik: Soal jawab dan penerangan. BBM: Video, skrin lembar, pembesar suara, dan projektor LCD. Nilai: Memberi perhatian. |
Langkah 1 (5 minit) | Erti al-Imalah -Bahasa: Condong. -Istilah: Mencondongkan bunyi baris Fathah menghampiri bunyi baris Kasrah. | 1) Guru menyatakan erti-erti al-Isymam. 2) Murid membaca erti al-Isymam bersama-sama. 3) Guru menjelaskan hukum al-Isymam kepada murid. | Teknik: Penerangan dan bacaan. BBM: Kitab tajwid. Nilai: Kesungguhan dan berani. |
Langkah 2 (7 minit) | Kalimat Yang Dibaca al-Imalah Dalam al-Quran: -Hukumnya wajib -Di 1 kalimat sahaja dalam Surah Hud 11:41 (Majrayha). | 1) Guru menerangkan kaedah al-Isymam yang tepat kepada murid. 2) Guru meminta murid menyebut huruf-huruf al-Isymam dalam kumpulan. 3) Murid menyebut huruf-huruf al-Isymam. 4) Guru betulkan sebutan al-Isymam murid-murid dalam kumpulan. | Teknik: Penerangan, bacaan, perbincangan dan sumbangsaran. BBM: Kitab tajwid dan Kitab Suci al-Quran. Nilai: Membaca al-Quran dengan cermat, memberi fokus dan berdayausaha. |
Langkah 3 (7 minit) | Kotak beracun. -Apa hukum Al-Imalah? -Nyatakan ayat al-Imalah dalam al-Quran. | 1) Guru memberi arahan untuk permainan ini. 2) Murid bermain kotak beracun dalam kelas. 3) Murid yang dapat kotak beracun menjawab soalan dalam permainan. 4) Guru menyatakan nilai murni yang diperoleh (menghormati bacaan al-Quran). | Teknik: Permainan dan soal jawab. BBM: Komputer dan kotak beracun. Nilai: Menghormati bacaan al-Quran, berani, bersungguh-sungguh dan peka. |
Penutup (4 minit) | Kerja rumah kepada murid. | 1) Guru menyimpulkan tajuk pelajaran. 2) Guru bertanya kepada murid tentang apa yang diperoleh. 3) Guru menggalakkan murid ingat dan faham isi pelajaran. 4) Guru memberi kerja rumah untuk murid berkaitan pelajaran. | BBM: Buku latihan. Nilai: Kesungguhan. Teknik: Soal jawab. |
Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan lancar. Ini kerana murid memberikan tumpuan sepenuhnya. Saya berpuas hati dan akan sentiasa melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.
Ulasan Pembimbing/Penyelia:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan