RPH MINGGU 4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MINGGU 4
Nama Guru : Mohamad Khairi bin Ab Rahman
Matapelajaran : Tajwid Darjah 6.
Kelas : 6 Maliki.
Tarikh : 10 Januari 2019 (Khamis).
Masa : 2.30 petang - 3.00 petang.
Bilangan : 30 orang murid (15 murid lelaki, 15 murid wanita).
Tajuk : Kaedah Waqaf dan Ibtida'.
Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan menaakul.
Kaedah : Syarahan, soal jawab, permainan, dan perbincangan.
Pengetahuan Sedia Ada :
1) Murid-murid telah mengetahui cara membaca al-Quran.
2) Murid-murid sudah melihat tanda waqaf dalam al-Quran.
3) Murid-murid memulakan/menyambung bacaan al-Quran di tempat yang betul setelah Waqaf.
Hasil Pembelajaran :
1) Murid dapat mengetahui kegunaan Hamzah Washal dan Hamzah Qatha'.
2) Murid dapat membaca al-Quran mengikut peraturan Waqaf dan Ibtida' yang betul.
3) Murid-murid dapat Waqaf dan Ibtida' dengan tepat pada kalimat Kalla, Na'am, Bala serta Waqaf Jibril.
Kemahiran Berfikir : Mengaitkan, membezakan dan membuat kesimpulan.
Penerapan Nilai : Berdisiplin, fokus, berani dan berdayausaha.
Bahan Bantu Mengajar : Skrin pemancar cahaya , komputer riba, pen penanda, kad jawapan, video, projektor LCD dan kamus.
Langkah/Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti PDP | Catatan |
Pendahuluan (3 minit) | Ucapan salam dan bacaan doa. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٱللَّهُمَّ ٱفْتَحْ عَلَيْنَا، حِكْمَتَكَ وَٱنْشُرْ عَلَيْنَا، مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ ٱلرَّٰحِمِينَ | -Seorang murid diminta mengetuai bacaan doa dan pelajar lain mengikuti bacaannya. | Nilai: Khusyuk. |
Set Induksi (4 minit) | -Video: Cara membaca Hamzah Washal dan Hamzah Qatha' dalam al-Quran. -Soalan Pendahuluan: Apa yang kamu lihat dalam video? | 1) Guru menunjukkan video nasyid mengenai pelajaran. 2) Guru meminta semua murid turut menyanyi mengikut video. 3) Guru menyoal dan mengaitkan video dengan tajuk pelajaran. | Teknik: Soal jawab dan penerangan. BBM: Video, pembesar suara dan projektor LCD. Nilai: Fokus. |
Langkah 1 (5 minit) | -Hamzah Washal: Hamzah yang kekal sebutan baris semasa Ibtida', tetapi tidak disebut ketika membaca Washal. -Hamzah Qatha': Hamzah yang kekal sebutan baris ketika Ibtida' atau Washal. | 1) Guru menyatakan erti Hamzah Washal dan Hamzah Qatha'. 2) Guru menerangkan cara membaca Hamzah Washal dan Hamzah Qatha' kepada murid. | Teknik: Penerangan dan bacaan. BBM: Kitab Tajwid. Nilai: Kesungguhan dan memberi semangat. |
Langkah 2 (7 minit) | -Waqaf dan Ibtida' Pada Kalimat Kalla -Waqaf pada Kalimat Bala -Waqaf Pada Kalimat Na'am -Waqaf Jibril | 1) Guru menyebut kaedah waqaf pada kalimat pilihan sambil diikuti muridnya. 2) Guru membetulkan kesalahan sebutan murid. | Teknik: Penerangan dan bacaan. BBM: kad manila dan pen penanda. Nilai: Yakin diri. |
Langkah 3 (7 minit) | Kotak beracun -Apa erti Hamzah Qatha'? -Apa contoh ayat Waqaf Jibril? -Nyatakan 3 hukum Waqaf pada kalimat 'Kalla'. | 1) Guru memberi arahan untuk permainan ini. 2) Murid bermain kotak beracun dalam kelas. 3) Murid yang dapat kotak beracun menjawab soalan dalam permainan. 4) Guru menyatakan nilai murni yang diperoleh (menghormati bacaan al-Quran). | Teknik: Permainan dan Soal jawab. BBM: komputer dan kotak beracun. Nilai: Kesungguhan. |
Penutup (4 minit) | Kerja rumah kepada murid. | 1) Guru menyimpulkan tajuk yang dipelajari. 2) Guru meminta seorang murid menyatakan tentang apa yang telah dipelajari. 3) Guru menyuruh murid menghafal dan memahami topik pelajaran. 4) Guru memberi latihan kepada murid sebagai kerja rumah. | BBM: Buku Latihan. Nilai: Kesungguhan. |
Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan lancar. Ini kerana murid memberikan tumpuan sepenuhnya. Saya berpuas hati dan akan sentiasa melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.
Ulasan Pembimbing / Penyelia :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan