Khamis, 10 Januari 2019

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1




RPH HARIAN 1
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Nama Guru: Muhammad Daniel bin Mohd Noor
Kelas: 5 Ali
Tarikh: 6.1.2019
Masa: 8.00-8.30 pagi
Bilangan Pelajar:40 orang
Tajuk: Kisatul Taawuni
Kemahiran: Menghayati sifat tolong menolong
Kaedah: Membaca, menyebut, menulis dan mendengar
Pengetahuan Sedia Ada:
1.      Murid telah memahami aktiviti kebersihan di rumah dan di sekolah
2.      Murid telah mengenali sedikit tugasan sewaktu bergotong royong
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1.      Memahami situasi pembersihan di rumah
2.      Menyenaraikan jenis-jenis tugasan yang dilakukan sewaktu bergotong royong
3.      Memahami istilah pada setiap petikan yang berkaitan dengan aktiviti gotong-royong
Kemahiran Berfikir:
1.      Sesi lakonan
2.      Merumuskan petikan
3.      Permainan dart
4.      Pertunjukkan gambar dan perkataan

Penerapan Nilai:
Sentiasa mengamalkan sikap tolong menolong sesama manusia

BBM:
1.      Kad manila
2.      Gambar objek
3.      Kertas warna
4.      Dart
5.      Papan dart
6.      Bahan-bahan lain

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah/Masa
Isi
Aktiviti PNP
Catatan/Alat
Pendahuluan
(2 minit)
Bacaan doa
Ketua kelas membaca doa diikuti oleh murid-murid lain

Set  Induksi
(4 minit)
Membuat sesi lakonan tentang suasana bergotong-royong di rumah.
Guru memilih 5 orang murid termasuk 3 lelaki dan 2 perempuan untuk sesi lakonan di hadapan kelas.
Murid diminta berlakon menjadi sebuah keluarga termasuk seorang ayah, ibu, abang, kakak dan adik lelaki sambil menunjukkan perwatakkan dan tugasan sewaktu bergotong royong di rumah.
Sewaktu sesi lakonan dialunkan muzik latar untuk memeriahkan suasana sesi tersebut.
BBM:
1.      Bahan-bahan lain
2.      Radio mp3

KBKK:
1.      Memahami suasana bergotong royong di rumah
Langkah 1
(7 minit)
Membaca petikan
Guru perlu memasang kad manila yang mengisi petikan berkaitan dengan suasana di rumah di papan putih
Guru memilih 3 orang murid untuk membaca petikan yang dipamerkan.
BBM:
1.      Kad manila
2.      Pen marker

Langkah 2
(6 minit)
Pertunjukkan gambar dan perkataan
Guru mempamerkan gambar suasana di rumah dan di sekolah sambil itu menunjukkan perkataan yang berkaitan dengan tugasan di kawasan tersebut.
Guru memilih 4 orang untuk menyebut gambar yang ditunjukkan tadi tanpa perkataan.
BBM:
1.      Kad manila
2.      Pen marker
3.      Kertas warna
4.      Gambar objek

KBKK:
1.      Memahami tugasan sewaktu bergotong royong di rumah dan di sekolah
Langkah 3
(3 minit)
Permainan dart dan melengkapkan jadual
Guru mempamerkan jadual kosong di papan putih dan diletakkan perkataan sekolah da rumah
Guru memanggil 4 orang murid untuk menjawab soalan dengan menampal jawapan di jadual yang disediakan.
BBM:
1.      Papan dart
2.      Dart
3.      Kad manila
4.      Gambar objek
5.      Kertas warna
Penutup
(3 minit)
Rumusan
Guru memberikan rumusan dan nasihat kepada murid berkaitan dengan tajuk tersebut supaya menghayati sikap tolong menolong sewaktu belajar di kelas.



Refleksi Guru Pelatih:
Setakat ini saya telah menepati strategi pembelajaran berkaitan dengan Kisatul Taawuni kepada murid dengan penerangan dan pemahaman sepenuhnya.

Ulasan Pembimbing/Penyelia;
--------------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERITA TERKINI 17/9/2020

 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN