Khamis, 10 Januari 2019

RPH 3 HAIRI

RPH MINGGU 3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MINGGU 3

Nama Guru :  Mohamad Khairi bin Ab Rahman
Matapelajaran : Tajwid Darjah 6.
Kelas : 6 Maliki.
Tarikh : 10 Januari 2019 (Khamis).
Masa : 2.30 petang - 3.00 petang.
Bilangan : 30 orang murid (15 murid lelaki, 15 murid wanita).
Tajuk : Jenis Waqaf.
Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan menaakul.
Kaedah : Syarahan, soal jawab, permainan, perbincangan dan nasyid.

Pengetahuan Sedia Ada : 
1) Murid-murid telah mengetahui serba sedikit bahagian waqaf.
2) Murid-murid sudah mengenalpasti tanda waqaf dalam al-Quran.
3) Murid-murid memulakan/menyambung bacaan al-Quran di tempat yang betul setelah Waqaf.



Hasil Pembelajaran :
1) Murid dapat mengetahui jenis waqaf dan perkara berkaitannya.
2) Murid dapat membaca al-Quran mengikut peraturan Waqaf dan Ibtida'.
3) Murid-murid dapat menyenaraikan alamat/tanda Waqaf.



Kemahiran Berfikir : Mengaitkan, membezakan dan membuat kesimpulan.


Penerapan Nilai : Berdisiplin, fokus, berani dan berdayausaha.



Bahan Bantu Mengajar : Skrin pemancar cahaya , komputer riba, pen penanda, kad jawapan, video, projektor LCD dan kamus.



Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti PDP
Catatan
Pendahuluan
(3 minit)
Salam & doa.
Seorang murid baca doa dan murid lain ikut.
Nilai: Khusyuk.
Set Induksi
(4 minit)
Video nasyid tentang tajuk.
1) Guru menunjukkan video nasyid mengenai pelajaran.

2) Guru meminta semua murid turut menyanyi mengikut video.

3) Guru mengaitkan video dengan tajuk pelajaran.
Strategi :
Berpusatkan bahan.



Nilai :
Khusyuk.



Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
Skrin Lembar.

Komputer riba.

Projektor LCD.
Langkah 1
(5 minit)
Erti Waqaf
-Waqaf Tamm
-Waqaf Kafi
-Waqaf Hasan
-Waqaf Qabih
1) Guru memberitahu pengertian waqaf-waqaf kepada murid.

2) Murid baca pengertian secara serentak.
Teknik: Penerangan dan bacaan.

BBM: Kitab Tajwid.

Nilai: Kesungguhan dan memberi semangat.
Langkah 2
(7 minit)
Jenis Waqaf
-Hukum
-Contoh ayat-ayat Waqaf
1) Guru menerangkan jenis waqaf kepada murid.

2) Guru meminta murid menyebut menyatakan jenis waqaf dalam kumpulan.

3) Murid mencari ayat al-Quran mengikut jenis waqaf dalam kumpulan.

4) Guru betulkan kesilapan murid-murid dalam mencari jenis waqaf.
Teknik: Penerangan, bacaan, perbincangan dan sumbangsaran.



BBM: Kitab tajwid dan Kitab Suci al-Quran.



Nilai: Membaca al-Quran dengan cermat, memberi fokus dan berdayausaha.
Langkah 3
(7 minit)
Kotak beracun.
-Apa hukum Waqaf Qabih?
-Bagaimana memulakan bacaan pada ayat Waqaf Qabih?
1) Guru memberi arahan untuk permainan ini.
2) Murid bermain kotak beracun dalam kelas.
3) Murid yang dapat kotak beracun menjawab soalan dalam permainan.
4) Guru menyatakan nilai murni yang diperoleh (menghormati bacaan al-Quran).
Strategi: Berpusat guru, murid.

Nilai: Kepatuhan.
Penutup
(4 minit)
Kerja rumah untuk murid.
1) Guru menyimpulkan tajuk yang dipelajari.

2) Guru meminta seorang murid menyatakan tentang apa yang telah dipelajari.

3) Guru menyuruh murid menghafal dan memahami topik pelajaran.

4) Guru memberi latihan kepada murid sebagai kerja rumah.
;Nilai: Kesungguhan
BBM: Buku Latihan
Teknik: Soaljawab.


Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan lancar. Ini kerana murid memberikan tumpuan sepenuhnya. Saya berpuas hati dan akan sentiasa melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.


Ulasan Pembimbing / Penyelia :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERITA TERKINI 17/9/2020

 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN