RPH MINGGU 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MINGGU 2
Nama Guru : Mohamad Khairi bin Ab Rahman
Matapelajaran : Tajwid Darjah 6.
Kelas : 6 Maliki.
Tarikh : 10 Januari 2019 (Khamis).
Masa : 2.30 petang - 3.00 petang.
Bilangan : 30 orang murid (15 murid lelaki,
15 murid wanita).
Tajuk : Bahagian Waqaf.
Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan
menaakul.
Kaedah : Syarahan, soal jawab, permainan,
perbincangan dan nasyid.
Pengetahuan Sedia Ada :
1) Murid-murid telah mengetahui serba sedikit cara membaca
al-Quran.
2) Murid-murid sudah melihat tanda waqaf dalam al-Quran.
3) Murid-murid memulakan/menyambung bacaan al-Quran di
tempat yang betul setelah Waqaf.
Hasil Pembelajaran :
1) Murid dapat mengetahui bahagian waqaf dan perkara
berkaitannya.
2) Murid dapat membaca al-Quran mengikut peraturan Waqaf dan
Ibtida'.
3) Murid-murid dapat menyenaraikan alamat/tanda Waqaf.
Kemahiran Berfikir : Mengaitkan, membezakan dan
membuat kesimpulan.
Penerapan Nilai : Berdisiplin, fokus, berani dan
berdayausaha.
Bahan Bantu Mengajar : Skrin pemancar cahaya ,
komputer riba, pen penanda, kad jawapan, video, projektor LCD dan kamus.
Langkah/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti PDP
|
Catatan
|
Pendahuluan
(3 minit)
|
Salam & doa.
|
Seorang murid baca doa, murid lain ikut.
|
Nilai: Khusyuk.
|
Set Induksi
(4 minit)
|
Video nasyid tentang tajuk
|
1) Guru menunjukkan video nasyid mengenai pelajaran.
2) Guru meminta semua murid turut menyanyi mengikut video. 3) Guru mengaitkan video dengan tajuk pelajaran. |
Strategi :
Berpusatkan bahan. Nilai : Khusyuk. Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Skrin Lembar. Komputer riba. Projektor LCD. |
Langkah 1
(5 minit)
|
Pengertian
-Waqaf Ikhtiyari
-Waqaf Idhthirari
-Waqaf Intizhari
-Waqaf Ikhtibari
|
1) Guru memberitahu pengertiannya kepada murid.
2) Murid baca pengertian secara serentak. |
Teknik: Penerangan dan bacaan.
BBM: kad manila dan pen penanda. Nilai: Yakin diri. |
Langkah 2
(7 minit)
|
Hukum dan Contoh Setiap Bahagian Waqaf
|
1) Guru menerangkan bahagian waqaf yang tepat kepada
murid.
2) Guru meminta murid keluarkan ayat waqaf dalam kumpulan. 3) Murid menyebut ayat waqaf dari al-Quran. 4) Guru betulkan sebutan kesilapan murid-murid dalam kumpulan. |
Teknik: Penerangan, bacaan, perbincangan dan sumbangsaran.
BBM: Kitab tajwid dan Kitab Suci al-Quran. Nilai: Membaca al-Quran dengan cermat, memberi fokus dan berdayausaha. |
Langkah 3
(7 minit)
|
Kotak beracun.
-Apa contoh ayat Waqaf Intizhari? -Apa hukum berhenti pada ayat Waqaf Idhthirari? |
1) Guru memberi arahan untuk permainan ini.
2) Murid bermain kotak beracun dalam kelas. 3) Murid yang dapat kotak beracun menjawab soalan dalam permainan. 4) Guru menyatakan nilai murni yang diperoleh (menghormati bacaan al-Quran). |
Strategi: Berpusat guru, murid.
Nilai: Kepatuhan. |
Penutup
(3 minit)
|
Kerja rumah untuk murid.
|
1) Guru menyimpulkan tajuk yang dipelajari.
2) Guru meminta seorang murid menyatakan tentang apa yang telah dipelajari. 3) Guru menyuruh murid menghafal dan memahami topik pelajaran. 4) Guru memberi latihan kepada murid sebagai kerja rumah. |
Nilai: Kesungguhan.
BBM: Buku latihan. Teknik: Soaljawab. |
Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana
pembelajaran hari ini berjalan lancar. Ini kerana murid memberikan tumpuan
sepenuhnya. Saya berpuas hati dan akan sentiasa melakukan penambahbaikan dari
masa ke semasa.
Ulasan Pembimbing / Penyelia :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan