RPH MINGGU 1
Rancangan Pengajaran Harian
Minggu 1
Nama Guru : Mohamad Khairi bin Ab Rahman
Matapelajaran : Tajwid Darjah 6.
Kelas : 6 Maliki.
Tarikh : 10 Januari 2019 (Khamis).
Masa : 2.30 petang - 3.00 petang.
Bilangan : 30 orang murid (15 murid lelaki,
15 murid wanita).
Tajuk : Waqaf dan Ibtida'.
Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan
menaakul.
Kaedah : Syarahan, soal jawab, permainan,
perbincangan dan nasyid.
Pengetahuan Sedia Ada :
1) Murid-murid telah mengetahui serba sedikit cara membaca
al-Quran.
2) Murid-murid sudah melihat tanda waqaf dalam al-Quran.
3) Murid-murid memulakan/menyambung bacaan al-Quran di
tempat yang betul setelah Waqaf.
Hasil Pembelajaran :
1) Murid dapat mengetahui pengertian Waqaf dan Ibtida'.
2) Murid dapat membaca al-Quran mengikut peraturan Waqaf dan
Ibtida'.
3) Murid-murid dapat menyenaraikan alamat/tanda Waqaf.
Kemahiran Berfikir : Mengaitkan, membezakan dan membuat kesimpulan.
Penerapan Nilai : Berdisiplin, fokus, berani dan berdayausaha.
Bahan Bantu Mengajar : Skrin pemancar cahaya , komputer riba, pen penanda, kad jawapan, video, projektor LCD dan kamus.
Langkah / Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti PDP
|
|
Pendahuluan
(3 minit) |
Salam dan doa.
|
Seorang murid baca doa, murid lain ikut.
|
Nilai: Khusyuk.
|
Set Induksi
(4 minit) |
Video Nasyid tentang tajuk.
|
1) Guru menunjukkan video nasyid mengenai pelajaran.
2) Guru meminta semua murid turut menyanyi mengikut video. 3) Guru mengaitkan video dengan tajuk pelajaran. |
Teknik: Penerangan dan soaljawab.
BBM: Projektor LCD, skrin lembar dan pembesar suara. Nilai: Memberi tumpuan. |
Langkah 1
(10 minit) |
-Erti Waqaf dan Ibtida'.
-Alamat Waqaf.
|
1) Guru menerangkan erti Waqaf dan Ibtida'.
2) Murid membaca pengertian beramai-ramai. 3) Guru menunjukkan tanda-tanda Waqaf. |
Teknik: Bacaan, penerangan dan perbincangan.
|
Langkah 2
(10 minit) |
Kotak beracun.
-Lukiskan bentuk waqaf Lazim. -Apa erti Waqaf dari segi istilah? |
1) Guru memberi arahan untuk melakukan permainan.
2) Murid bermain kotak beracun dalam kelas. 3) 3 orang murid menjawab soalan. 4) Guru betulkan jawapan murid yang salah. |
Strategi: Berpusat guru, murid.
Nilai: Kepatuhan. |
Penutup (3 minit)
|
Kerja rumah untuk murid.
|
1) Guru menyimpulkan apa yang telah dipelajari.
2) Guru beri kerja rumah berkaitan tajuk kepada murid. |
Nilai: Kesungguhan,
BBM: Buku latihan. Teknik: Soaljawab |
Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana
pembelajaran hari ini berjalan lancar. Ini kerana murid memberikan tumpuan
sepenuhnya. Saya berpuas hati dan akan sentiasa melakukan penambahbaikan dari
masa ke semasa.
Ulasan Pembimbing / Penyelia :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan