RPH MINGGU 6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MINGGU 6
Nama Guru : Mohamad Khairi bin Ab Rahman
Matapelajaran : Tajwid Darjah 6.
Kelas : 6 Maliki.
Tarikh : 10 Januari 2019 (Khamis).
Masa : 2.30 petang - 3.00 petang.
Bilangan : 30 orang murid (15 murid lelaki,
15 murid wanita).
Tajuk : Al-Raum
Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan
menaakul.
Kaedah : Syarahan, soal jawab, permainan,
dan perbincangan.
Pengetahuan Sedia Ada :
1) Murid-murid telah mengetahui serba sedikit cara membaca
al-Quran.
2) Murid-murid sudah mampu baca al-Quran dengan bertajwid.
3) Murid-murid boleh membaca al-Quran mengikut makhraj huruf
yang betul.
Hasil Pembelajaran :
1) Murid dapat mengetahui pengertian al-Raum.
2) Murid dapat membaca al-Quran mengikut Tajwid yang betul.
3) Murid-murid dapat membunyikan al-Raum dengan tepat.
Kemahiran Berfikir : Mengaitkan, membezakan dan
membuat kesimpulan.
Penerapan Nilai : Berdisiplin, fokus, berani dan
berdayausaha.
Bahan Bantu Mengajar : Skrin pemancar cahaya ,
komputer riba, pen penanda, kad jawapan, video, projektor LCD dan kamus.
Masa /
Langkah
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Pendahuluan
(2 Minit)
|
Ucapan salam
dan bacaan doa.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱللَّهُمَّ ٱفْتَحْ عَلَيْنَا، حِكْمَتَكَ
وَٱنْشُرْ عَلَيْنَا، مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ ٱلرَّٰحِمِينَ.
|
1. Guru meminta murid-murid membaca doa pelajaran.
2. Guru dan murid membaca bersama-sama doa pelajaran.
|
Nilai :
Khusyuk.
Hormat.
|
Set
Induksi
(5 Minit)
|
Tayangan video:
Cara membunyikan sebutan al-Raum dalam al-Quran. |
1. Guru menayangkan video kepada murid-murid.
2. Murid-murid menonton video tersebut dengan penuh
tumpuan..
3. Guru menanyakan soalan kepada murid-murid mengenai
perkaitan video dengan tajuk yang hendak dipelajari.
Soalan :
Apakah kaitan antara video yang telah ditayangkan tadi
dengan tajuk pelajaran pada hari ini?
3. Murid-murid cuba menjawab soalan guru dengan jawapan
yang sesuai.
Andaian jawapan :
Membaca al-Quran.
4. Guru memberitahu kepada murid-murid tajuk yang hendak
dipelajari.
|
Strategi :
Berpusatkan bahan.
Nilai :
Khusyuk.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
Skrin Lembar.
Komputer riba.
Projektor LCD. |
Langkah
1
(7 Minit)
|
Pengertian al-Raum
Bahasa: Cuping telinga.
Istilah: Melafaz sebahagian huruf
dengan suara perlahan ketika Waqaf.
|
1. Guru menerangkan pengertian al-Raum kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid membincangkan secara
berdua-dua tentang erti al-Raum.
3. Guru menulis definisi al-Raum pada papan putih di
bahagian atas dan membiarkan ruangan kosong di bawah kedua-dua perkataan
untuk murid-murid menulis jawapan mereka.
4. Murid-murid menulis jawapan mereka pada papan putih di
ruangan kosong di bawah kedua-dua perkataan tersebut.
5. Berdasarkan jawapan yang ditulis oleh murid-murid, guru
memuji mereka dengan mengucapkan tahniah dan memberikan hadiah berupa lencana
kejayaan.
|
Strategi :
Berpusatkan guru.
Berpusatkan murid.
Berpusatkan bahan.
Nilai :
Kerjasama.
Berani mencuba.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
Papan putih.
Pen penanda.
|
Langkah
2
(6 Minit)
|
Bunyi Sebutan Al-Raum
-Wajib dibaca ketika Waqaf pada kalimat 'La Ta'manna' Surah Yusuf: 12. -Harus Waqaf dengan al-Raum pada huruf Kasrah atau Dhammah (al-Rahim/Nasta'in). |
1. Guru menerangkan pengertian al-Raum kepada murid-murid.
2. Guru menampal beberapa keping ayat al-Raum di papan
putih.
3. Guru menyebut contoh ayat al-Raum.
4. Murid menyebut ayat al-Raum.
5. Guru menyuruh seorang murid membaca ayat al-Raum.
6.Guru membetulkan bacaan murid tersebut.
|
Strategi :
Berpusatkan guru.
Berpusatkan murid.
Berpusatkan bahan.
Nilai :
Keyakinan diri.
Berani mencuba.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
Kotak.
Kad jawapan.
Gambar.
|
Langkah
3
(4 Minit)
|
1. Guru menerangkan kaedah permainan.
2. Murid bermain kotak beracun dalam kelas. 3. Murid jawab soalan dalam permainan. 4. Guru menyatakan nilai murni pada murid dalam permainan (bekerjasama). |
Strategi :
Berpusatkan guru.
Berpusatkan murid.
Nilai :
Bekerjasama.
Patuh..
|
|
Penutup
(4 minit) |
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari.
|
1. Guru merumuskan isi pelajaran yang diajarkan kepada
murid-murid.
|
Nilai :
Khusyuk.
Berdisiplin.
Patuh.
|
Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana
pembelajaran hari ini berjalan lancar. Ini kerana murid memberikan tumpuan
sepenuhnya. Saya berpuas hati dan akan sentiasa melakukan penambahbaikan dari
masa ke semasa.
Ulasan Pembimbing / Penyelia :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan