RPH MINGGU 7
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MINGGU 7
Nama Guru : Mohamad Khairi bin Ab Rahman
Matapelajaran : Tajwid Darjah 6.
Kelas : 6 Maliki.
Tarikh : 10 Januari 2019 (Khamis).
Masa : 2.30 petang - 3.00 petang.
Bilangan : 30 orang murid (15 murid lelaki,
15 murid wanita).
Tajuk : Al-Isymam.
Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan
menaakul.
Kaedah : Syarahan, soal jawab, permainan,
perbincangan dan nasyid.
Pengetahuan Sedia Ada :
1) Murid-murid telah mengetahui cara membaca al-Quran.
2) Murid-murid sudah melihat tanda al-Isymam dalam al-Quran.
3) Murid-murid menyambung bacaan al-Quran dengan betul pada
huruf al-Isymam.
Hasil Pembelajaran :
1) Murid dapat mengetahui pengertian al-Isymam.
2) Murid dapat membaca al-Quran mengikut peraturan Tajwid
dengan lancar.
3) Murid-murid dapat mengenalpasti tanda al-Isymam pada
kalimah al-Quran.
Kemahiran Berfikir : Mengaitkan, membezakan dan
membuat kesimpulan.
Penerapan Nilai : Berdisiplin, fokus, berani dan
berdayausaha.
Bahan Bantu Mengajar : Skrin lembar ,
komputer riba, pen penanda, kotak beracun, video, dan projektor LCD.
Langkah/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Pendahuluan
(3 minit)
|
-Ucapan salam dan doa belajar.
|
Guru meminta seorang murid membaca doa dan murid lain
menuruti bacaannya.
|
Nilai: Khusyuk.
|
Set Induksi
(4 minit)
|
-Video: Cara membunyikan huruf al-Isymam.
-Soalan: Apa yang kamu lihat dalam video? |
1) Guru menunjukkan video di hadapan murid.
2) Murid memerhati video dalam kelas. 3) Guru menanya soalan kepada murid. 4) Murid jawab soalan berkaitan video tadi. 5) Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran. |
Teknik: Soal jawab dan penerangan.
BBM: Video, skrin lembar, pembesar suara, dan projektor LCD. Nilai: Memberi tumpuan. |
Langkah 1
(5 minit)
|
Pengertian al-Isymam
-Bahasa: Cium. -Istilah: Memuncungkan bibir ke depan selepas mematikan huruf dan dibiar sedikit lubang antara bibir bagi mengeluarkan nafas. Hukum - Wajib jika tidak waqaf di kalimat "La Ta'manna", Surah Yusuf ayat 11. -Tanda al-Isymam ialah bentuk segi 4 serong yang menegak. |
1) Guru menyatakan erti-erti al-Isymam.
2) Murid membaca erti al-Isymam bersama-sama. 3) Guru menjelaskan hukum al-Isymam kepada murid. |
Teknik: Penerangan dan bacaan.
BBM: Kitab tajwid. Nilai: Kesungguhan dan berani. |
Langkah 2
(7 minit)
|
Kaedah al-Isymam dan Contoh
-Diharuskan memuncungkan bibir selepas mematikan huruf: 'Nun' ke-2 pada 'Nasta'in'. -Bunyikan baris antara baris dan huruf mati: 'La Ta'manna'. |
1) Guru menerangkan kaedah al-Isymam yang tepat kepada
murid.
2) Guru meminta murid menyebut huruf-huruf al-Isymam dalam kumpulan. 3) Murid menyebut huruf-huruf al-Isymam. 4) Guru betulkan sebutan al-Isymam murid-murid dalam kumpulan. |
Teknik: Penerangan, bacaan, perbincangan dan sumbangsaran.
BBM: Kitab tajwid dan Kitab Suci al-Quran. Nilai: Membaca al-Quran dengan cermat, memberi fokus dan berdayausaha. |
Langkah 3
(7 minit)
|
Kotak beracun:
-Apakah erti al-Isymam? -Apakah hukum al-Isymam? -Sebutkan 1 kaedah al-Isymam. |
1) Guru memberi arahan untuk permainan ini.
2) Murid bermain kotak beracun dalam kelas. 3) Murid yang dapat kotak beracun menjawab soalan dalam permainan. 4) Guru menyatakan nilai murni yang diperoleh (menghormati bacaan al-Quran). |
Teknik: Permainan dan soal jawab.
BBM: Komputer dan kotak beracun. Nilai: Menghormati bacaan al-Quran, berani, bersungguh-sungguh dan peka. |
Penutup
(4 minit)
|
Pengertian al-Isymam
-Bahasa: Cium.
-Istilah: Memuncungkan bibir ke depan selepas mematikan huruf dan dibiar sedikit lubang antara bibir bagi mengeluarkan nafas.
Hukum
- Wajib jika tidak waqaf di kalimat "La Ta'manna", Surah Yusuf ayat 11.
-Tanda al-Isymam ialah bentuk segi 4 serong yang menegak.
Kaedah al-Isymam dan Contoh
-Diharuskan memuncungkan bibir selepas mematikan huruf:
'Nun' ke-2 pada 'Nasta'in'.
-Bunyikan baris antara baris dan huruf mati: 'La Ta'manna'.
|
1) Guru menyimpulkan tajuk pelajaran.
2) Guru bertanya kepada murid tentang apa yang diperoleh. 3) Guru menggalakkan murid ingat dan faham isi pelajaran. 4) Guru memberi kerja rumah untuk murid berkaitan pelajaran. |
BBM: Buku latihan.
Nilai: Kesungguhan. Teknik: Soal jawab. |
Refleksi : Saya sangat bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan lancar. Ini kerana murid memberikan tumpuan sepenuhnya. Saya berpuas hati dan akan sentiasa melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.
Ulasan Pembimbing / Penyelia :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan